Thursday, September 4, 2014

Hati dan Jiwa


aku sedar aku siapa
yang sememangnya tidak sempurna
aku tidak miliki pangkat darjat harta dan rupa
aku juga tidak semulia dan setabah mereka
namun aku jua punya hati dan jiwa

adakalanya ku juga ingin bermanja dan dimanja
mata ku ingin jua dihidang dgn senyuman mesra
telingaku mahu jua mendengar bicara 
yang mendamaikan perasaan
bukanlah kata-kata nista mencalarkan jiwa

aku sedar aku siapa
tidak ku minta layanan ibarat puteri raja diistana
cukuplah sekadar insan biasa
yang punya hati dan jiwa
juga mendambakan sedikit  bahagia....

aku sedar aku siapa



puterisu@040914